Thursday, December 30, 2010

Satu dan banyak lagi

Satu dan banyak lagi.


sebiji benih,

ribuan cabang,

satu hati,

jutaan kemusykilan,

secebis jiwa,

ratusan perasaan,

gelora ni akan terus menghanyutkan.


di sebalik mereka-mereka yang bersujud,

siapakah yang paling dekat denganMu?


tersembunyi kata-kata mereka berdalil,

manakah yang Kau bersetuju dan berkata,

Inilah KebenaranKu?


dalam banyak-banyak doa yang dipanjatkan,

tiap saat, tiap waktu,

manakah yang Kau terima,

dan Kau katakan, "Jadikanlah, kerana si fulan ini layak"?


manakah yang lebih Kau sayangi,

mereka yang tak pernah meminta,

atau mereka yang sentiasa meminta?

mereka yang katakan "Kau telah cukupkan segalanya"

atau mereka yang inginkan lebih baik?


Bilakah kami dekat denganMu?

jika bukan dalam ketenangan,

dalam kepahitan yang terselindungnya kemanisan,

dalam tawar yang tersimpannya kecukupan?


namun kami masih terus meminta.

namun kami masih terus mempersoal,

berdalih,

bertangguh,

menunggu,

peluk tubuh kami yang makin sejuk tanpa kasihMu,

k'rana kami telah berhenti mencariMu.


sesungguhnya,


sebiji benih,

ribuan cabang,

satu hati,

jutaan kemusykilan,

secebis jiwa,

ratusan perasaan,

gelora ni akan terus menghanyutkan.

Dan taubatMu jauh menanti di sudut kiamat.