Sunday, March 20, 2011

Mungkin sebati

mungkin,

bila segala kotoran telah hilang,

dan yang tinggal, ialah,

jiwa yang bersih,

yang jernih,

yang suci,


kan bebas dari segala kealpaan,

kan dibuka segala kunci sangkar-sangkar penjara-penjara nasfu dan syaitan,

agar tiada lagi kehitaman dalam jiwa,

dan yang tinggal,


segala yang bersih,

segala yang jernih,

segala yang suci,


dan akan dirasakan ringan seperti kapas,

halus bagai sutera,

kewujudan yang sungguh sempurna daripada tanganNya,


dan akan bersebati dengan alam,

yang sudah sekian lama,

bersujud kepadaNya.

dan dia tak perlu melihat dunia,

kerana yang dilihatnya adalah langit-langitMu,

ingatannya hanyalah padaMu,


dan segalanya telah sebati dengan alam,

hingga tak dirasai lagi, kewujudannya,


hingga dia mengetahui, waktu azan-azanMu,

tanpa perlu menunggu orang lain dahulu,


hingga dia mengetahui, petanda-petandaMu,

tanpa perlu diingatkan orang lain,


hingga dia akur dan redha,

dengan setiap hela nafasnya,

padaMu, ketetapanMu,


dan pada saat itu,


dia telah bersebati


dengan alam,

dengan langit,

dengan galaksi-galaksi yang diwujudkanMu,


dan mungkin,

dialah hambaMu,

yang paling merendah diri,

terhadapMu.

No comments:

Post a Comment