Buat pertama kalinya, pada hari ini, aku terasa Islam itu teramat berat. Dalam keberatan itu, aku merasakan diri teramat rapuh untuk memikul berat itu.
Aku telah memeluk Islam yang telah lama kujadikan perjalanan hidupku. Namun, buat pertama kalinya, aku sedar, aku tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang umat Islam.
Aku tidak tahu mengerjakan solat, aku tidak tahu mengaji al-Quran. Aku tidak tahu berdoa, lebih-lebih lagi tidak kuketahui adakah diriku diterima Allah.
Mereka kata, peluklah Islam. Aku tahu, dan aku ingin. Tetapi, aku tidak tahu mengamalkan Islam.
Aku ingin mengerjakan solat, tapi aku tak mampu.
Aku ingin bersujud kepadaNya, tapi aku tak layak.
...dan mereka,...
mereka tidak memahami perjalananku..aku yang perlu mempelajari sesuatu yang begitu mudah bagi mereka.
Aku bukan seperti mereka, yang mendapat bimbingan sejak kecil.
Aku tiada ibu bapa yang boleh kuminta ajarkan.
Aku tak punya sesiapa untuk berterus terang.
Adakah ini yang dihajatkanNya?
Dan, aku harus terus menipu ahli keluargaku setiap hari.
layakkah aku menjadi hambaMu, kerana aku hanya mampu bersujud tanpa doa?
Moga terus diberi kekuatan utk menghadapi ujianNYA..Dia berikan kita ujian tanda sayangNya kpd kita :)
ReplyDeleteSaya agak saudari menemu hidayahNYA di bumi UK, Alhamdulillah....