Saturday, October 23, 2010

Air mata tadah sedekah

Air mata ini ditadah,

sedekahku padaMu,

di malam hari sepi,

dan hartaku kosong,

tanpa nilai,

kecuali air mata ini,

yang mengalir keranaMu.


Air mata ini ditadah,

dalam dua tangan yang diangkat,

memikul beban dunia ini,

dan dalam berat beban ini, hambaMu berdoa,

tanpa ayat-ayat suci kerana kejahilannya,

dibebaskan segala sayap kegelapan,

yang makin hari membesar,

membawanya terbang jauh dariMu.


terimakahMu sedekah air mata ini?

air mata darah yang mengalir sepanjang malam?


atau


masih hinakah walau setitis air mata ini,

walaupun ia mengalir keranaMu,

walaupun mata menjadi buta,

hati berubah lesu,

badan berubah pedih,

mencari cahayaMu,

masih hinakah air matanya?


sesungguhnya,

hartanya kosong tanpa nilai,

senyumnya telah hilang,

dan yang tinggal hanya kasihnya padaMu,

yang mengalir,

bersama air mata darah ini,

yang ditadah,

sedekah buatMu,


hanya ini yang termampu.

No comments:

Post a Comment