"Untuk siapakah sajdah ini?"
hanya untukNya, Maha Pencipta.
di pagi subuh, ketika dunia masih terlena,
di tegak matahari, ketika semua masih terleka,
di petang suntuk, ketika semua masih beriadah,
di benam matahari, ketika penat tubuh,
dan di malam gelap, ketika jiwa disambut syahdu.
"Pada siapakah kamu sajdah?"
hanya padaNya, yang Pemerhati dan Pemaham,
yang Perancang dan Penentu segala,
tiada yang lagi agung dariNya,
tiada yang lebih memahami dariNya,
tiada yang lebih mendengar dan menyayangi,
dari Rasul-rasulNya dan Malaikat-malaikatnya,
hanya kepadanya kami bersajdah.
"Bagaimanakah sajdah kamu kepadaNya?"
sunyi dan syahdu kerana rindu padaNya,
sedih dan hiba kerana dosa-dosa kami,
sebak dan menangis kerana lemah di jalanNya,
tenang,
kerana cintaNya.
"Siapakah kamu yang bersajdah?"
kami hambanya,
makhluknya,
umat Nabi-nabinya,
"Siapakah kamu yang ingin bersajdah?"
kami yang insaf,
kami yang ingin taubat,
kami yang ingin dibimbing,
kembali ke jalanNya.
No comments:
Post a Comment