yang keluar dari bibir mereka-mereka berkata,
teman mencari dalam kesunyian,
teman menjumpai, dalam kesenyapan.
kerana tenang itu Kamu,
kerana senyap itu Kamu,
kerana fitrah jalanMu sunyi,
kerana lumrah perjalanMu sepi,
bagi teman, segalanya telah ada di depan mata,
dakwahMu yang tanpa berkata.
Teman merasai kesejukan titisan hujanMu,
bau kesegaran alam pada petang dan malam bila akhirnya hujan.
Teman melihat bulan dan bintang yang membisu,
matahari yang terbit dan tenggelam dalam aturanMu,
muzika alam bila taufan menghendap,
bukankah ini semua dakwahMu?
kini merantau di bumi asing,
teman saksi keputihan saljiMu,
kesucian musim sejuk dan kelahiran musim bunga,
kerancakkan musim panas, kesepian musim luruh,
dan dalam setiap dahan, pokok, daun dan akar yang tumbuh dan mati,
dari debu, mereka dilahirkan semula dengan aturanMu,
bukankah dakwah ini telah mencukupi?
Sesungguhnya,
Teman tak pernah sesekali mengerti,
kata-kata, ayat-ayat yang disusun berbunga-bunga,
yang hanya teman erti,
kebenaran dalam keindahan erti namaMu,
keagungan dakwahMu, yang terselit dalam alam ciptaanMu,
kerana tenang itu Kamu,
kerana senyap itu Kamu,
dan dakwah ini yang akan teman bawa,
sehingga nafas ni berhenti,
kerana aturanMu.
No comments:
Post a Comment