Wednesday, February 2, 2011

Boleh. takkan boleh


Kau


boleh ambil segalanya daripadaku,

robohkan rumahku, kubuku,

rampas hartaku, tanahku,

mengoyak jiwaku, menghancur hatiku,

merampas mereka yang penting bagiku,

menjatuhkan mereka yang kubergantung pada,

kau boleh mengambil segala-galanya dariku.


Kau


Kau boleh dengan sekelip mata,

menumbangkan harapan yang kubina,

merosakkan seribu impian meninggalkan kekosongan,

Kau boleh tinggalkan ku lemah, rapuh,


hancur


tetapi Kau takkan boleh mengambil,

Kalimah namaMu dariku.


Kau boleh tinggalkan ku keseorangan,

ambillah segala-galanya yang ingin Kau ambil,

kerana mereka semua adalah kepunyaanMu,

tak pernah sekali kukatakan mereka adalah milikku,


tetapi Kau takkan boleh menghilangkan,

kepercayaanku terhadapMu.


Kalimah agungMu telah kulafaz,

ku akur dengan segalanya Kau tentu,


ambilllah segala-galanya yang penting bagiku,

tinggalkanlah diriku kecil sejahil debu,


kau takkan goyahkan,

apa yang ada padaku tentangMu.


Kau boleh


ambil semuanya dariku.


Kau takkan boleh


ambil cintaku kepadaMu.



"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillahi wa innaha ilahi raji'un."


Surah al-Baqarah, [2:155-156]

No comments:

Post a Comment