engkau tanah yang terbiar?
menjadi padang perebutan tangan ke tangan.
engkau perjuangan yang dilupakan?
menjadi perigi menadah darah insani syahid,
menjadi sasaran tusukan pedang berdendam,
dan hanya mereka yang kehilangan, mengerti nilaimu.
engkau tanah yang dimiliki?
mereka merampas bersenjatakan kejam,
dan mereka-mereka yang menangisi engkau
yang sedikit demi sedikit hilang dari genggaman,
dimanakah kebebasan dalammu?
dimanakah perginya segala yang melakar sejarahmu sejak azali?
dimanakah hilangnya mereka yang berjanji mempertahankanmu?
dan dimanakah mereka yang seharusnya berjuang untuk saudara-saudara mereka?
dan engkau jatuh kerana mereka yang terlupa,
dan engkau terus menakung darah-darah dan air mata insani lemah,
dan di atasmu, pedang kekejaman masih berkilau megah,
bilakah kau kan berdiri kembali,
bersama kegemilanganNya yang menciptamu?
bersama umatnya yang beriman?
atau kau kan terus jatuh.
kerana kini iman hanya suatu permainan.
(inspired from Palestine's plight)
No comments:
Post a Comment