Si Buta,
tak pernah lihat,
tak pernah nampak,
tak pernah celik,
segala yang dunia tawarkan,
semua yang sudah manusia tengok,
yang biru itu langit,
yang hijau itu rumput,
yang jernih itu air,
dan yang berwarna-warni itu benda.
Si Buta,
dikasihani?
kekurangan?
dan buta itu menyusahkan?
tetapi si Buta tak pernah melihat apa yang diharamkan,
buta itu perisai kepada godaan nafsu dan syaitan,
dan kerana itu hatinya terpelihara,
dan kerana itu hatinya lebih celik,
mungkin,
biru si buta itu ketenangan,
warna-warni si buta itu kegembiraan,
jernih si buta itu kesucian,
dan hijau si buta itu paling berharga daripada emas,
kerana dia si buta yang megetahui, hijau itu pakaian syurga,
dan biru kita biru langit,
hijau kita hijau rumput,
warna-warni kita benda yang mewah,
siapakah yang lagi beruntung,
jika bukan si buta yang mengenali hijau,
dan dia berjalan ke arah itu.
No comments:
Post a Comment